Tempahan terus ke HQ • Tiada deposit tempahan
PENJAGAAN MESIN BASUH DI RUMAH ANDA

Mesin bersih.
Urusan lebih mudah.

Pilih servis yang anda perlukan. Semak kawasan, lihat harga dan hantar tempahan dalam beberapa langkah.

Tempah tanpa deposit Bayar cucian selepas siap
Tiada deposit semasa tempahan.

Untuk servis cucian, bayaran dibuat selepas kerja siap.

TEMPAHAN SERVIS

Jom, uruskan mesin anda.

Servis setiap hari, 9 pagi–6 petang
LANGKAH 1 DARIPADA 4

Servis apa yang anda perlukan?

Pilih jenis mesin atau servis. Harga ialah untuk satu mesin.

Promosi kawasan terpilih! Nikmati cucian drum Top Load hanya RM179 di Kluang, Batu Pahat, Seremban, Nilai dan kawasan terpilih di Lembah Klang. Semak kawasan untuk lihat harga anda. Tempah servis anda sekarang.

Top Load RM220: Rawang, Saujana Rawang, Sungai Buloh, Saujana Sungai Buloh, Selayang, Batu Caves, Gombak, Puncak Alam / Bandar Puncak Alam dan kawasan lain di luar promosi.

Promosi Front Load dan 2-in-1 RM380 sah untuk tarikh servis 1–31 Oktober 2026. Harga baik pulih ialah rujukan upah asas, tertakluk pada pemeriksaan.

ANDA MUNGKIN TERTANYA

Jelas dari
awal lagi.

Tempahan mudah, tanpa bayaran pendahuluan.

Adakah saya perlu bayar deposit semasa tempahan?

Tiada deposit semasa tempahan. Servis cucian tidak memerlukan deposit. Bayaran selepas kerja siap. Untuk baik pulih, deposit alat ganti mungkin diperlukan selepas diagnosis juruteknik dan persetujuan pelanggan. Baki bayaran selepas kerja siap.

Adakah tarikh yang saya pilih terus disahkan?

Tarikh dan waktu ialah pilihan anda. Admin akan semak jadual juruteknik dan menghubungi anda untuk pengesahan.

Apa yang termasuk dalam cucian drum?

Servis cucian drum meliputi tub dan drum. Pembaikan atau penggantian alat ganti bukan sebahagian daripada caj cucian. Waranti servis cucian ialah 7 hari.

Bagaimana jika kawasan saya tidak tersenarai?

Anda masih boleh hantar pertanyaan semakan liputan. Admin akan semak alamat dan memaklumkan sama ada perkhidmatan boleh diatur.

Bolehkah saya tempah cucian dan baik pulih sekali?

Boleh. Pilih jenis cucian, kemudian tandakan Cucian drum + pemeriksaan/baik pulih. Isi nama, alamat dan waktu sekali sahaja. Nyatakan mesin yang sama atau mesin lain serta masalahnya dalam butiran. Anggaran ini untuk cucian sahaja. Kos pemeriksaan/baik pulih dan alat ganti dimaklumkan juruteknik selepas diagnosis untuk persetujuan pelanggan.

Bagaimana caj pemeriksaan dikira?

Top Load / Semi Auto: anggaran RM70–RM100 setiap mesin. Front Load / Dryer: anggaran RM100–RM150 setiap mesin. Caj sebenar ditentukan juruteknik selepas diagnosis di rumah pelanggan, bergantung pada kesukaran diagnosis. Sebut harga pembaikan dan alat ganti dimaklumkan untuk persetujuan pelanggan sebelum pembaikan. Jika bersetuju meneruskan pembaikan, tiada upah pemeriksaan berasingan dikenakan. Jika tidak meneruskan pembaikan, hanya caj pemeriksaan dan pengangkutan dikenakan.

Adakah harga baik pulih termasuk alat ganti?

Harga RM130 ialah rujukan upah asas. Alat ganti dan kerja tambahan akan disebut harga selepas pemeriksaan; dapatkan pengesahan sebelum kerja diteruskan.